ANAK BUAH NASIHIN BERSEDIA

by - Friday, July 18, 2014

KAPTEN skuad hoki wanita negara, Nadia Abdul Rahman mengakui bahawa mereka sudah bersedia untuk menghadapi cabaran pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland penghujung bulan ini.

Menurut Nadia, kejayaan menjuarai pusingan pertama Liga Hoki Dunia di Singapura bulan lalu menyuntik semangat mereka untuk mempamerkan aksi bertenaga pada temasya tersebut nanti.

Selain itu, beberapa siri aksi persahabatan menentang India di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini juga menjadi persediaan terbaik buat skuad wanita negara.


"Kejayaan pada Liga Hoki Dunia bulan lalu memberikan kami motivasi terbaik untuk mengekalkan momentum ke menangan ini di Glasgow nanti.

"Memang kami menghantar barisan terbaik ke Glasgow biarpun kami tidak diletakkan apa-apa sasaran. Buat masa ini latihan dijalankan seperti biasa.

"Saya percaya pasukan pada tahun ini lebih matang untuk memberikan persembahan terbaik di sana nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Biarpun tidak diletakkan sebarang sasaran oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), namun Nadia yang telah membuat 151 penampilan dengan skuad wanita negara tetap mempunyai sasaran tersendiri.

"Secara peribadi saya hanya sasarkan skuad negara mampu menghuni sekurang-kurangnya tempat ketujuh," jelasnya.

Skuad wanita negara akan memulakan kempen dengan menentang Australia pada 24 Julai ini sebelum bertemu Scotland (25 Julai), England (27 Julai) dan Wales (30 Julai).

Skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim itu akan menghantar barisan terbaik ke Glasgow yang dianggap sebagai pentas terbaik menguji keupayaan sebelum mengharungi Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September depan.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998