ALZAN MISRON GANTUNG KAYU

by - Saturday, July 05, 2014

Skuad Speedy Tigers di bawah kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menerima tamparan hebat dalam misi meraih pingat emas Sukan Asia apabila ketua pasukan Azlan Misron menarik diri daripada menyertai latihan kem negara berkuat kuasa Rabu lalu.

Berikutan perkembangan terkini itu, ia menguatkan lagi desas-desus pemain berusia 31 tahun bakal bersara dari arena antarabangsa selepas meluahkan kemungkinan aksi Piala Dunia di The Hague, Belanda sebagai kemunculan terakhir sebelum menggantung kayu hoki.

Ketua jurulatih negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, pemain kelahiran Trolak, Perak itu menyerahkan surat penarikan diri kepada pengurus pasukan George Koshy dengan alasan tidak mampu lagi memberi komitmen 100 peratus terhadap pasukan.

“Saya masih terkejut kerana dia menyerahkan surat ini tiga hari lalu kepada George, mengapa tidak kepada saya sendiri.

Difahamkan George juga ada memujuk dia supaya jangan tarik diri.

“Saya masih perlukan khidmatnya kerana pengalaman dimilikinya amat penting untuk mengemudi barisan skuad hoki negara yang rata-ratanya pemain muda.

“Tapi, sekiranya dia tetap mahu meneruskan hasratnya dan saya perlu menerima dengan hati terbuka dan cuba memberi peluang kepada pemain lain yang mungkin lebih berminat beraksi buat negara,” katanya ketika ditemui Arena Metro di Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil, semalam.

Azlan yang pada mulanya beraksi di posisi tengah mula mewakili negara sejak 2002 ketika skuad negara di bawah bimbingan jurulatih dari Jerman, Paul Lissek.

Terbaru, dia mencipta penampilan terbanyak buat negara dengan rekod ke-342 pada perlawanan penentuan kedudukan ke-11, mengatasi rekod pertahanan S Kuhan yang mempunyai 341.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998