RAMADHAN DATANG LAGI

by - Saturday, June 28, 2014

Cepat sungguh masa berjalan, diam tak diam kita dah pun dipertengahan tahun 2014. Dan dalam pejam celik,pejam celik esok kita dah nak mula berpuasa.

Memandangkan permulaan puasa jatuh pada hujung minggu,aku pasti ramai yang dah berada dikampung untuk bersama sanak saudara menyambut Ramadhan nih. Tapi memang terbukti berdasarkan pengamatan aku dari balkoni rumah semalam, jalan sesak dari Jambatan dan Juru menghala ke utara sampai ke lewat malam.

Dan pastinya esok petang, baik di blog,facebook,twitter,instagram dan lain-lain media sosial yang ada akan penuh news feed berkaitan fadhilat Ramadhan,kebaikan terawih selain dari gambaq-gambaq makanan di bazar ramadhan atau yang own made. 

Pasti akan ada juga gambaq-gambaq selfie dengan muka letih menunjukkan depa letih berpuasa dan bermacam lagi....

Atau akan ada juga yang akan bagi review bazar ramadhan mana yang patutu dikunjungi,makanan apa yang patut dirasa atau dibeli, mungkin juga akan ada yang promote kat mana murah untuk buffet berbuka puasa.

Apa pun jangan lupa yang penting malam ini bermulalah terawih bagi tahun ini, zakat fitrah pun dah boleh dibayaq mulai esok.

Ingat lagi tak niat puasa???



You May Also Like

1 BeLoQeR

  1. Post yang menarik. Terima kasih kongsi. Jangan lupa singgah artikel terbaru saya 4 Langkah mudah untuk 1 juta backlinks Tingkatkan dan gandakan traffic di blog anda

    ReplyDelete

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998