PENANG FREE SCHOOL FUN RIDE

by - Monday, June 02, 2014

Ahad lepas dengan 5 orang member dari OFA hockey team, kami berkayuh basikal untuk PFS Fun Rides, yang diadakan semperna perasmian PFS Bicentenary Heritage Trail.

Kayuhan yang menyusur sejarah PFS dari mula ditubuhkan sehinggalah sekarang.

Bermula dari tapak asal sekolah dan kemudian menyusuri jalan-jalan yang diambil semperna nama pengetua sekolah sebelum-sebelum ini dan berakhir di padang sekolah.

Selain dari singgah di rumah kelab OFA,satu persinggahan di Rumah P.Ramlee juga dibuat. Arwah Tan Sri juga merupakan bekas penuntut PFS.

Walaupun fun rides tapi penat jugak lah nak mengayuh basikal nih,maklumlah lama tak kayuh tapi tetap best.

Agak-agak aktiviti apa pula yang bakal diadakan menjelang sambutan 200 tahun PFS  pada tahun 2016 nanti.

Jom tengok gambar-gambar fun rides semalam:

Masa tengah pilih basikal yang disewakan kepada riders.

Starting point di SMK Hutchings




 Refreshment di OFA Jalan Sultan Ahmad Shah.
Jalan Perak menghala ke Rumah P Ramlee

Sempat lagi berselfie

 Seisi bergambar untuk The Star
Yessss kami boleh!!!

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998