KORBAN SEGALANYA

by - Monday, June 02, 2014

Selepas tewas kepada Australia pada perlawanan pembukaan Piala Dunia kelmarin, skuad negara memulakan misi untuk memburu mata pertama apabila bertemu Belgium pada perlawanan kedua Kumpulan A, hari ini.


Meskipun masih diselubungi beberapa dugaan tidak dijangka, termasuklah pemergian bapa Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kelmarin iaitu beberapa jam sebelum perlawanan pertama bertemu Australia, ketua jurulatih skuad negara itu pantas menyembunyikan kesedihan ditanggungnya dan mahu anak buahnya kembali fokus bagi pertemuan menentang Belgium dengan beliau sendiri meletakkan sasaran meraih sekurang-kurangnya satu mata.



Sekiranya sasaran itu berjaya digenggam, ia mungkin menjadi pengubat kesedihan ditanggung Dhaarma walaupun beliau tidak menyatakannya secara terbuka.

“Saya memang letakkan sasaran paling busuk pun untuk seri apabila bertemu Belgium dan England pada peringkat kumpulan dan bermain mati-matian untuk cari kemenangan bila bertemu India dan Sepanyol.


“Perlawanan ini memang sukar, tapi Belgium tidak sesukar Australia, Jerman atau Belanda.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998