HFIY JUMPA DENTIST

by - Friday, June 13, 2014

Akibat terlampau kerap makan junk food especially chocolate, gigi Hfiy mula ada tanda-tanda kerosakan.


So semalam dah bawak di pergi jumpa dentist kat Pusat Kesihatan Jalan Perak, memula tuh ingat nak bawak ke Klinik yang kat Sepoy Lanes tapi memandangkan semua nurse pergigian sedang bercuti so terpaksa lah ke Jalan Perak.

Memula masuk jumpa dentist memang dia ok, boleh buka mulut tunjuk gigi,tapi bila dah kena mesin kat gigi dia mula lah start tunjuk belang dia.

Gambar atas nih seblum kena cuci gigi then tampal lubang,dia boleh la relax bersantai... 

Tapi lepas tuh...




Siap cover ngan lidah lagi tak mau kena cuci and tampal, jenuh gak la nak kena pegang. Nasib baik cuma dua batang gigi saja, kalau banyak pakat nampak riuh lah dalam bilik dentist tuh.
Lepas tampal terus peluk suruh dukung ajak keluar, dah tak lambai pun kat dentist ngan nurse.

Adalah dalam sejam gak dia duk diam kut pasal terasa lagi kat dalam mulut tu kut.

So modal sekarang kalau dia minta chocolate lagi, aku cuma kata kalau nak chocolate lepas tuh kita pi cuci gigi kat doktor...terus senyap tak berani mintak...hahahaha

Tapi sampai bila modal nih boleh bertahan aku tak tau lah..



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998