BOON PEMUSNAH

by - Tuesday, June 03, 2014

MALAYSIA yang yakin seri dengan Belgium pada aksi kedua Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 terpaksa menerima hakikat lawan yang berada di kedudukan ranking kelima dunia itu sukar dirempuh apabila tewas 2-6, di Stadium Green Fields, The hague, Belanda, awal pagi tadi.

Ketua jurulatih negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah, berkata membiarkan ayam tambatan Belgium, Tom Boon, untuk menjaringkan empat gol pada perlawanan itu adalah satu kesilapan besar.



Kekalahan itu adalah yang kedua selepas tewas 0-4, kepada Australia pada perlawanan pembukaan, Sabtu lalu. 

Begitupun, skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah bermula baik apabila berada di depan seawal minit kelima hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd Rahim.

Namun, Belgium menyamakan kedudukan menerusi pukulan stroke yang disempurnakan Boon minit ke-14 sebelum Malaysia kembali di depan hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie, lima minit kemudian.


Boon sekali lagi menyamakan kedudukan minit ke-24 hasil pukulan sudut penalti sebelum meledak hatrik pada minit ke-31 menerusi jaringan padang.

Bersambung babak kedua, Belgium terus mengukuhkan kedudukan dengan menjaringkan tiga gol sumbangan Tanguy Cosyns minit ke-37, Boon minit ke-45 serta John Dohmen minit ke-57.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998