U R MY BRO 25 MEI INI

by - Wednesday, May 14, 2014

Demi memperkasa perpaduan melalui sukan, Kelab Sukan SportsUnite dengan kerjasama Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) menganjurkan Karnival Hoki 6 Sepasukan U R My Bro merebut Piala Mirnawan di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Jalan Pantai, 25 Mei ini.

Program kategori bawah 12 tahun itu terhad kepada 24 pasukan berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. 



Pasukan yang mengambil bahagian mesti menampilkan sekurang-kurangnya dua pemain berbilang kaum setiap kali beraksi. 

Jika pasukan gagal memenuhi syarat ditetapkan, penyertaan akan dibatalkan serta merta.


Penyertaan karnival itu adalah percuma dan pasukan berminat boleh menghubungi Setiausaha Kehormat KLHA, V Rajamanickam di talian 03-22827002 atau 012-2686944 atau layari facebook.com/sportsunite.


Program itu turut mendapat tajaan Milo, Revive, Grays dan Majlis Sukan Negara (MSN). 

Acara sampingan untuk kanak-kanak juga diadakan dengan hadiah ditaja Grays. 

Pengerusi Kelab Sukan SportsUnite, Dina Rizal berkata: “Bagi kami tiada istilah menang atau kalah. Sebaliknya, semua pemain adalah pemenang”.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998