TUTUP BUKU ISU DHARMA

by - Monday, May 19, 2014

KONTROVERSI yang melibatkan ketua jurulatih skuad hoki negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah baru-baru ini boleh dianggap 'tutup buku' apabila beliau sudah menandatangani kontrak baharu.

Meskipun enggan mengulas lanjut, Menteri Belia dan Sukan, Khary Jamaluddin menegaskan isu tersebut tidak perlu dipanjangkan lagi.


"Dia (Dhaarma Raj) telah menandatangani kontrak baharu pada Jumaat lalu dan saya anggap ia telah selesai. Sekarang, tugas utama dia adalah membimbing skuad hoki dan memberi keputusan terbaik," ulas Khairy.

Bukan itu saja, pihaknya bersedia menawarkan tangga gaji baharu yang lebih tinggi kepada Dhaarma Raj sekiranya berjaya menunjukkan prestasi baik dalam kempen Piala Dunia di The Hague, Belanda nanti.

"Berdasarkan kontrak baharu yang ditandatanganinya, ada klausa yang mendedahkan sekiranya beliau dapat menunjukkan prestasi baik dalam Piala Dunia kita boleh menaikkan atau tawarkan kontrak yang lebih baik.

"Jadi, amat penting untuknya memberi tumpuan kepada Piala Dunia yang akan berlangsung pada hujung Mei nanti nanti," katanya.

Malah, Khairy turut menyifatkan kontrak tersebut adil dan sekiranya jurulatih tersebut menunjukkan prestasi yang baik akan ditawarkan skim gaji baharu.

"Saya tidak mahu apa yang berlaku, menjejaskan persiapan ke Piala Dunia. Tutup buku, lupakan kontroversi dan berikan tumpuan sepenuhnya pada kempen Piala Dunia," tegas Khairy,"


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998