TOMOK DAN AKIM TAK LAYAK!!

by - Saturday, May 24, 2014

Semalam secara tak langsung aku terpaksa menonton rancangan Idola Kecil Ultra yang disiarkan di TV9. Terpaksa korbankan niat nak tengok separuh akhir Piala Thomas.

Dah anak-anak minat nak tengok, nak tak nak ikut saja suara majoriti dirumah. memula aku tak berapa faham sangat konsep rancangan nih,tapi bila dah di explain oleh anak-anak, baru aku tau yang Idola Kecil Ultra adalah kesinambungan rancangan pencarian bakat kecil.


Idola Kecil Ultra nih kira macam mencari yang terbaik diantara yang terbaik....

Tapi sayangnya rancangan yang sepatutnya mendapatkan bakat-bakat baru dikalangan yang terbaik ini diberikan kepada Tomok dan Akim untuk menjadi juri dan yang membuat penilaian dan pemilihan.

Maaflah bagi aku Tomok dan Akim belum memcapai satu tahap yang boleh meletak kan depa sebagai pemilih mahupun penilai bakat-bakat baru.


Depa berdua mungkin popular,mempunyai album dan ramai peminat tapi untuk rancangan yang sebegini depa berdua belum layak untuk berada disitu.

Pihak TV9 patutnya mencari juri yang benar-benar layak untuk menilai setiap persembahan yang diberikan oleh peserta Idola Kecil Ultra ini.

Mana tak nya konsep battle secara berduet pun Tomok masih lagi tak dapat membezakan, malah sebab-sebab peserta yang dipilih atau yang disingkirkan tidak diberitahu.

Juri yang semacam nih cuma layak untuk menjadi juri jemputan Bintang Mencari Bintang.

Dan terima kasih jugak kepada Tomok dan Akim, pasal hangpa berdua juga anak-anak terus tak mau tengok Idola Kecil Ultra dan beri peluang kepada aku untuk tengok separuh akhir Malaysia lawan Indonesia semalam.

Kepada TV9 pilih lah jrui yang sesuai dan yang berkelayakkan bukan main tangkap muat saja supaya bakat-bakat baru macam anak-anak ini tidak berkubur dengan cara penjurian yang diberikan oleh depa dua nih.


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998