PIALA DUNIA,PEMAIN SENIOR DIPERLUKAN

by - Monday, May 05, 2014

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berasakan lebih ramai pemain senior perlu dipanggil bagi memantapkan skuad negara menghadapi Piala Dunia di The Hague, Belanda hujung bulan ini.

Skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah membariskan 18 pemain campuran pemain senior dan muda terkandas pada separuh akhir kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 kelmarin.


“Saya rasa persiapan sudah 80 peratus dan hampir tercapai, jurulatih mungkin pening kerana kami mempunyai senarai pemain setanding yang ramai.

“Pujian buat Dhaarma kerana menyenaraikan pemain muda tapi mungkin tidak cukup, mungkin perlu panggil pemain senior namun perlulah cergas,” katanya selepas merasmikan seminar kejurulatihan dan pengadilan MHC semalam.

Antara pemain senior yang tidak disenaraikan pada kejohanan kali ini adalah bekas kapten negara, Shahrun Nabil Abdullah dan Baljit Singh selain Mohd Razie Abd Rahim yang mengalami kecederaan.

Secara keseluruhannya Tengku Abdullah mahu tahap kecergasan pemain dipertingkatkan sebelum bersaing di The Hague.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998