HOKI DAH KE PIALA DUNIA TAPI...

by - Thursday, May 01, 2014

Agak malang bagi peminat sukan hoki di Malaysia,walaupun pasukan negara berjaya menempah tiket ke Piala Dunia yang bakal berlangsung di The Hague tak lama lagi, sukan ini masih dianaktirikan .

Sedang para pemain berjuang mengerah keringat dan kudrat di Kuantan, tiada stasyen TV yang menyiarkan perlawanan CC1 peringkat suku akhir ini secara langsung.



Bagi peminat yang berada di Kuanta, tahniah kerana anda yang terpilih untuk melihat pemain pasukan negar beraksi. Tapi yang jauh malang sungguh nasib kita !

Sedangkan perlawanan Piala AFF pun ada live coverage di tv,walaupun pasukan kebangsaan berada dikelompok bawahan rangking dunia.

Memang TV9 ada menyiarkan perlawanan awal, tetapi tiada gunanya kalau perlawanan penting di peringkat kalah mati tidak disiarkan.

Lagi pun perlawanan CC1 pada peringkat suku akhir menemukan pasukan kita dengan pasukan ranking ke 6 terbaik didunia !!

Sudahlah liga hoki pun tidak mendapat liputan,kejohanan antarabangsa sebegini pun tidak diambil kisah, so peminat hoki janganlah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat pasukan Malaysia beraksi di Piala Dunia di kaca tv.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998