GAJI DHARMA TERTUNGGAK?

by - Friday, May 16, 2014

Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Nur Azmi Ahmad menyangkal dakwaan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang mempersoalkan gaji tertunggak selama lima bulan antara punca utama ketua jurulatih itu ingin melepaskan jawatannya.

“Kita tidak ada masalah dengan Dhaarma selama ini, dalam apa jua perkara sekalipun.



Soal yang dibangkitkan itu sangat tidak berasas.

Saya ada terbaca di laman sosial mengatakan tunggakan gaji menjadi faktor Dhaarma mahu melepaskan jawatan.

“Tapi itu semua tidak benar.


Semaklah akaun bank Dhaarma, pihak kami (MHC) tidak pernah lewat membayar gajinya atau pemain.

Nak bercakap tengoklah sikit, siapa kita punya presiden.

“Selama Tengku Abdullah (Sultan Ahmad Shah) memimpin MHC, beliau tidak pernah mengabaikan kebajikan pegawai mahupun pemain.

Malah Tuanku bagi lebih lagi kepada pasukan.

Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Menurut Azmi, beliau amat terkilan dengan tindakan Dhaarma yang menggunakan saluran media untuk menyampaikan rasa tidak puas hatinya ketika pasukan kebangsaan sibuk melakukan persiapan terakhir sebelum beraksi di Piala Dunia Hoki 2014 di The Hague, Belanda 31 Mei ini.

“Tindakan Dhaarma boleh menyebabkan suasana pasukan berada dalam keadaan kelam-kabut.

Jika benar mahu melepaskan jawatan, sepatutnya datang berjumpa saya terlebih dulu dan bukannya menggunakan saluran media.

“Saya tidak ada masalah jika benar-benar ingin letak jawatan, cuma apa yang dilakukannya itu tidak sesuai caranya dan boleh buat pasukan berpecah-belah,” katanya.

Sebelum ini Dhaarma Raj ‘dinaikkan pangkat’ daripada skuad remaja ke pasukan senior negara, mengambil alih tugas Paul Revington yang melepaskan jawatan akibat masalah kesihatan Januari lalu.

Sepanjang rangka persiapan bagi menghadapi pusingan akhir Piala Dunia, anak didik Dhaarma berjaya muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah, Mac lalu dan tempat ketiga Cabaran Juara-Juara di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Pada saingan Piala Dunia hujung bulan ini, pasukan negara diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan nombor satu dunia Australia, England, Belgium, India dan Sepanyol.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998