DHARMA LETAK JAWATAN?

by - Thursday, May 15, 2014

KALAU tiada angin, masakan pokok bergoyang. Mungkin bidalan kata tersebut sesuai dikaitkan dengan isu baharu dunia hoki tanah air apabila Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui beliau bersedia melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad hoki senior negara.

Perkhabaran itu jelas memberikan impak kepada skuad hoki negara yang bakal beraksi pada Piala Dunia Hoki 2014 di The Hague, Belanda, 31 Mei ini.

Apa yang pasti, kehilangan Dhaarma Raj akan memberikan tamparan hebat kepada Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) untuk mencari pengganti yang sesuai dalam tempoh terdekat ini.

Enggan menjelaskan punca sebenar, Dhaarma Raj menyifatkan beliau seperti sudah 'tiada hati' untuk terus bersama skuad hoki negara.


"Memang saya turun sesi latihan pagi ini (semalam) tetapi saya tidak berpuas hati. Saya masih fikir sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak (sebagai ketua jurulatih hoki negara).

"Mungkin saya akan ambil masa selama satu atau dua hari sebelum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan tugas atau menghantar surat kepada MHC.

"Jika tiada kelibat saya pada sesi latihan esok (hari ini), mungkin ia sudah terjawab (keputusan untuk melepaskan jawatan)," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dhaarma Raj menganggap bekas jurulatih, Paul Revington dan beberapa pengendali tempatan masih layak untuk mengemudi skuad negara pada kejohanan berprestij itu.

"Jika saya tiada, saya percaya Revington masih boleh bawa (latih) pasukan atau jurulatih-jurulatih tempatan yang lain," ujarnya.

Sebelum ini, Dhaarma Raj yang 'dinaikkan pangkat' daripada skuad remaja ke pasukan senior negara mengambil alih tugas daripada Revington yang melepaskan jawatan ekoran masalah kesihatan pada Januari lalu.

Dalam tempoh lima bulan, Dhaarma Raj telah berjaya menyumbangkan kejayaan dengan muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah, Mac lalu dan tempat ketiga Cabaran Juara-Juara di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

You May Also Like

1 BeLoQeR

  1. Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...


    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998