#CC1 SEJARAH TERCIPTA WALAUPUN KANDAS KE FINAL

by - Monday, May 05, 2014

Skuad hoki negara melakar sejarah baru walaupun sekadar menduduki tempat ketiga pada kejohanan Cabaran Juara-Juara 1, malam tadi.

Anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang terkandas pada separuh akhir kelmarin tampil bertenaga untuk menewaskan Ireland 4-2 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.


Ia mengatasi pencapaian 2001 dan 2012 apabila skuad negara menduduki tempat keempat namun kemenangan malam tadi hanya hadir ketika saingan berbaki empat minit.

Kapten negara, Azlan Misron memulakan kebangkitan dengan gol padang pada minit ke-66 sebelum serangan pantas Faizal Saari berjaya disudahkan Firhan Ashari pada minit akhir.

“Kami cuba memberi motivasi kepada pemain selepas terkandas pada separuh akhir dengan kejayaan akan membantu membaiki ranking Malaysia (kedudukan ke-13 dunia).

“Ternyata mereka bermotivasi apabila meledak dua jaringan awal namun turut memberikan dua gol kepada lawan dan mencetuskan keadaan berbahaya.



Namun kemenangan yang diraih ini memberikan sedikit rasa bangga kerana ia permulaan penting kepada kami bagi Piala Dunia hujung bulan ini,” kata Dhaarma.

Dhaarma menjelaskan beliau kurang senang dengan sebahagian besar pemain terutamanya bahagian pertahanan yang akan menjadi perhatiannya sebelum ke Belanda.

Beliau mengakui pertahanan skuad negara tidak mantap dan ada kalanya disifatkannya sangat teruk sepanjang kejohanan ini.

“Saya harap pertahanan negara Razie (Abd Rahim) akan pulih dan kembali.

Mungkin dengan adanya dia, kami tidak akan memberikan pukulan sudut penalti dan terperangkap dalam serangan balas yang tidak sepatutnya.

Ada kesilapan yang boleh dielakkan,” ujarnya.

Skuad negara bermula dengan baik apabila mendahului dua gol menerusi pukulan penalti Ahmad Kazamirul Nasruddin (minit ketujuh) dan jaringan padang Muhammad Rashid Baharom (minit ke-11) untuk memulakan rentak positif memburu kedudukan ketiga.

Lawan yang berada di ranking ke-15 dunia bagaimanapun tetap bersemangat dengan melancarkan serangan bertali-arus memburu gol.

Ia berhasil apabila Paul Gleghorne memulakan rentak jaringan lawan pada minit ke-22 ketika anak buah Dhaarma seperti hilang punca dan Chris Cargo menyamakan kedudukan buat Ireland apabila menjaringkan gol pada minit ke-43 sebelum pemain negara bangkit pada lewat perlawanan.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998