#CC1 PEMAIN JANGAN LEKA

by - Saturday, May 03, 2014

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap pemain negara sedar terhadap kepentingan saingan separuh akhir Cabaran Juara-Juara 1, malam ini.

“Ia begitu penting dalam sejarah hoki (negara), marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan skuad negara,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Najlis MHC petang semalam.


Malaysia akan melakar sejarah melangkah ke final buat kali pertama sekiranya menewaskan Kanada pada saingan yang berlangsung di Stadium Wisma Belia, Kuantan.

“Saya harap kita akan menang namun pemain perlu mempamerkan kebangkitan dan disiplin lebih tinggi selain memanfaatkan setiap peluang.



Kita memerlukan kekuatan yang lebih tinggi serta nasib, hanya tinggal dua perlawanan lagi (untuk muncul juara).

“Apa saja boleh berlaku, jika diperhati separuh masa pertama (menentang New Zealand) kita amat bagus, namun sebaliknya selepas rehat.

Kita perlu ambil iktibar, jangan sangka kita mendahului 4-1 boleh menang.


Kekurangan berlaku di situ sama ada tumpuan atau perancangan taktikal tidak berjalan,” katanya yang akan berjumpa pemain petang ini.

Mengenai mesyuarat majlis berkenaan, Tengku Abdullah berkata, MHC bercadang mengecilkan ahli majlis daripada 52 kepada 21 bagi menjadikannya lebih praktikal.

“Kami juga memutuskan maksimum tiga penggal bagi presiden memegang jawatan dengan maksimum umur 70 tahun.


Malah satu penggal akan dipendekkan kepada tiga tahun berbanding empat ketika ini.

Ia akan diubah pada mesyuarat agung luar biasa yang akan ditetapkan kemudian,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998