#CC1 MAGIS DHARMA DITAGIH

by - Saturday, May 03, 2014

Percaturan besar ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengadunkan barisan pemain senior dan junior sekali lagi ditagih untuk aksi separuh akhir Cabaran Juara-Juara 1 menentang Kanada, malam ini.

Malah skuad negara semakin hampir untuk melangkah ke pentas final buat kali pertama sejak 2001 dan mencapai harapan awal yang disasarkan.



“Dalam sebarang kejohanan, apabila ada ramai pemain muda berbakat susah pasti kami perlu melakukan sedikit perubahan bagi mempertingkatkan corak permainan.

“Sudah pasti perubahan itu sukar kerana ada yang gembira dan sebaliknya. Tapi yang penting langkah itu dilakukan kerana keperluan bukan sentimen,” kata Dhaarma.

Jurulatih negara itu menggugurkan beberapa nama besar sebelum ini seperti Shahrun Nabil Abdullah dan Baljit Singh dalam rangka memperkasakan pasukan untuk menghadapi Piala Dunia di Belanda penghujung bulan ini.



Dhaarma yang membimbing skuad remaja sebelum ini dilantik menggantikan Paul 
Revington pada awal tahun berpeluang mengulangi pencapaian melangkah ke final buat kali kedua selepas Piala Sultan Azlan Shah di Perak pada Mac lalu, sekiranya berjaya menyingkirkan Kanada malam ini.

“Perlawanan menentang Kanada di peringkat kumpulan berbeza (Malaysia menang 4-3) kerana kita memburu sekurang-kurangnya kelebihan tiga gol untuk mengelakkan daripada bertemu New Zealand di suku akhir. Kini kita bertemu mereka di separuh akhir yang sudah pasti situasi itu berlainan.

“Malah saya tidak melihat lima pertemuan kami sebelum ini (tiga bulan terakhir) memberikan sebarang kelebihan kepada kita. Ia mungkin memberi manfaat jika mereka pasukan besar dan kita pasukan kecil namun realitinya tidak banyak perbezaan antara kedua-dua pasukan,” katanya.

Malah beliau berpendapat semua pasukan yang layak ke separuh akhir - Malaysia, Kanada, Korea Selatan dan Ireland - akan merasakan ini peluang terbaik untuk meraih kejuaraan selepas pasukan pilihan, New Zealand disingkirkan.

Namun Dhaarma menegaskan, fokus skuad negara adalah memenangi aksi separuh akhir terlebih dulu.

“Jika kami mampu mengulangi corak permainan ketika menewaskan New Zealand, kami akan menewaskan Kanada,” katanya.

Malaysia melakar kejutan terbesar kelmarin apabila menyingkirkan pasukan ranking keenam dunia, New Zealand menerusi kemenangan penalti shoot-out 3-2 selepas terikat 4-4 tamat masa permainan.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998