#CC1 KITA SETARAF YANG TERBAIK

by - Friday, May 02, 2014

Presiden Konfede­rasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan pemain hoki kebangsaan berjaya menunjukkan permainan berkualiti ketika menewaskan New Zealand pada suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 (CC1) di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini semalam.

Tengku Abdullah berkata, perlawanan itu cukup dramatik serta mendebarkan dan berharap pemain dapat mengekalkan semangat sebegini untuk perlawanan seterusnya.


"Kita lihat sendiri bagaimana pasukan negara mendahului mereka 4-1, tetapi mereka kembali semula untuk menyamakan kedudukan pada saat terakhir perlawanan.

"Tetapi, penentuan pukulan penalti shoot-out memihak kepada kita. Alhamdulillah, saya rasa pemain kita kini setaraf pasukan lain yang lebih tinggi (ranking)," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Tengku Abdullah, kemenangan ini membuktikan bahawa kritikan yang diterima pasukan kebangsaan sebelum ini adalah tidak benar.

"Tetapi kritikan ini tidak akan berakhir. Namun, apa yang membanggakan saya adalah apabila pemain-pemain muda telah menunjukkan pemainan terbaik dalam perlawanan itu.

"Terima kasih juga kepada penyokong yang hadir dan ini amat mengagumkan saya," katanya.

Malaysia menempah tiket ke separuh akhir dengan penuh dramatik apabila berjaya me­nundukkan New Zealand 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti shoot-out.

Walaupun mendahului selesa 4-1 pada babak pertama, namun pemain negara membenarkan New Zealand mengikat kedudukan 4-4 untuk mengheret perlawanan ke penentuan pukulan penalti.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998