#CC1 KITA MESTI MENANG!!

by - Saturday, May 03, 2014

"Harapan saya dan seluruh rakyat Malaysia adalah untuk melihat skuad hoki negara menang ke atas Kanada pada perlawanan separuh akhir esok (Sabtu)," titah Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah pemain negara perlu menitik beratkan soal disiplin dan bijak menggunakan peluang yang ada bagi memastikan tiket ke final Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di sini menjadi milik negara.


"Pasukan kita perlu lebih mantap kerana hanya tinggal dua perlawanan sahaja lagi sebelum melakar sejarah dan ianya amat penting dalam sejarah hoki negara...pemain perlu sedar akan kepentingan tersebut," titahnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis MHC pada Jumaat.

Tengku Abdullah menyeru agar semua rakyat Malaysia berdoa supayaskuad negara mampu mencipta kemenangan ke atas Kanada dan turun ke stadium bagi memberi sokongan moral kepada pasukan.

"Apa sahaja boleh berlaku pada perlawanan ...saya harap pemain mengambil iktibar daripada kebangkitan New Zealand pada Khamis yang mampu meyamakan kedudukan 4-4 pada separuh masa kedua walaupun ketinggalan jauh 4-1 pada separuh masa pertama.

"Saya sendiri akan bertemu dengan pemain bagi memberikata-kata semangat kepada mereka," titah baginda. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, MHC akan melakukan perubahan besar pada pelembagaannya dengan mengecilkan jumlah perwakilan daripada 52 kepada 21perwakilan dengan mengabungkan perwakilan wanita dan lelaki. 

Baginda bertitah perubahan tersebut akan dilakukan bagi memperkemaskan serta mempercekapkan lagi pengurusan persatuan kerana MHC adalah satu-satunya persatuan sukan yang mempunyai perwakilan yang cukup ramai. 

"Diharap perubahan ini mampu membawa lembaran baharu kepada persatuan,"titah baginda. 

Tengku Abdullah bertitah keputusan mesyuarat ini juga bersetuju untuk mengehadkan tempoh penggal bagi presiden kepada empat tahun, mengehadkan umur maksimun presiden kepada 70 tahun dan juga tempoh penggal kerusi presiden dihadkan kepada tiga penggal. 

"Perkara tersebut belum disebut dalam pelembaggan persatuan sebelum ini dan ianya akan dibawa pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang tarikhnya akan ditentukan selepas ini," titahnya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998