@CC1 KANADA ELAKKAN SHOOT OUT

by - Saturday, May 03, 2014

Jurulatih Kanada Anthony Farry mahu menamatkan perlawanan menentang Malaysia dalam tempoh perlawanan sebenar kerana bimbang situasi penalti shoot-out tidak akan memihak kepada mereka.

Malaysia menyingkirkan pilihan utama kejohanan, New Zealand menerusi penalti shoot-out 3-2 dengan penjaga gol negara, S Kumar tampil wira menafikan percubaan tiga pemain lawan.

“Kami mahu menamatkan saingan 70 minit memihak kepada kami.


Malaysia nyata bagus jika perlawanan menentang New Zealand dijadikan ukuran.

Kami perlu berkerja keras kerana pasukan tuan rumah mempunyai ramai pemain berbakat,” katanya.

Katanya, keyakinan pastinya tinggi buat skuad negara susulan kejayaan di suku akhir itu namun turut mengingatkan Kanada juga mempunyai kelebihan berdasarkan perlawanan terakhir walaupun tewas 3-4 di peringkat kumpulan.

“Sudah banyak kali kami menentang Malaysia dan walaupun kami jarang menang, kami sentiasa mendapat maklumat dan situasi tertentu untuk membaiki perlawanan," katanya.

Kanada bagaimanapun hanya dapat menggunakan 17 pemainnya selepas Sukhi Panesar digantung perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Poland.

Namun Farry menafikan ketiadaan pemain itu akan menjejaskan perancangannya.

Jentera serangan Kanada ternyata berbahaya kerana sudah meledak lapan gol padang selain dua pukulan sudut penalti dan dua penalti stroke ketika menentang Malaysia.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998