#CC1 FOKUS DAN JANGAN LEKA

by - Saturday, May 03, 2014

Kapten negara Azlan Misron (gambar) berharap kejayaan menyingkirkan pasukan pilihan, New Zealand tidak akan melekakan rakan sepasukannya malam ini. Azlan serta rakan sepasukan yang lain akan turun menentang pasukan ranking ke-16 dunia, Kanada untuk memburu tiket ke final.

“Saya harap semua akan sentiasa fokus kerana kita sudah melangkah ke separuh akhir.



Tiada perbezaan (seperti menentang New Zealand) kerana semua perlu memberikan fokus dan komitmen sama,” katanya yang meledak jaringan pertama sekali gus mencetuskan kebangkitan skuad negara ketika menumbangkan Black Sticks kelmarin.

Pemain berusia 31 tahun itu berkata, tanpa mengira pemain senior atau remaja, mereka perlu bermain sebagai satu pasukan.

“Paling penting kerjasama antara satu sama lain.

Sesiapa yang merasakan sudah matang boleh membimbing pemain baru agar mereka mampu hasilkan persembahan diharapkan.

“Kami mengharapkan persembahan baik setiap perlawanan untuk menang tapi selepas gagal dua aksi awal, ada yang mengatakan kami tidak bermain bersungguh-sungguh namun kami sudah buktikan selagi kejohanan tidak berakhir kami akan fokus dan buktikan keupayaan sebagai antara pasukan terbaik,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998