#CC1 BAYANGAN KE FINAL

by - Friday, May 02, 2014

eandainya mampu mengulangi persembahan cemerlang 35 minit babak pertama ketika menentang New Zealand, skuad negara mampu ke final Cabaran Juara-Juara 1 buat kali pertama.

Itu pandangan pemain pertahanan Kevin Lim yang tampil buat kali keempat mewakili negara ketika menumbangkan New Zealand semalam.


Skuad negara yang cemerlang mendahului selesa 4-1 pada babak pertama hilang fokus dan membenarkan lawan bangkit menyamakan kedudukan 4-4.

“Kita sudah bermain dengan Kanada sebelum ini dan saya yakin skuad negara mampu menewaskan mereka.

“Bagi saya, kekuatan Kanada adalah bermain sebagai satu pasukan.


Kita perlu memperkemaskan bahagian pertahanan seperti aksi separuh masa pertama menentang New Zealand,” katanya.

Malaysia menewaskan Kanada 4-3 dalam aksi peringkat Kumpulan B sebelum ini.

Sementara itu, penjaga gol negara, S Kumar wajar diangkat antara pencetus kejayaan skuad negara.

Dia menyelamatkan deretan peluang lawan terutamanya menerusi pukulan sudut penalti yang menjadi kekuatan utama Black Sticks disusuli menafikan tiga penalti shoot-out lawan.

“Saya menghabiskan masa kira-kira dua jam semalam (kelmarin) untuk meneliti rakaman video pukulan sudut penalti dan shoot-out Nee Zealand dan nyata ia berbaloi,” katanya.

Menurut Kumar, pemain negara tidak boleh memandang rendah Kanada dan menggesa mereka fokus sepanjang 70 minit permainan.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998