BER "FAIRING R125" CUMA SETAKAT INI

by - Wednesday, May 14, 2014

Awal tahun hari tuh aku dah convert FZ 150i menjadi R125 seperti yang aku idam-idamkan selama nih. Tapi sayang semua tak kekal lama. Tepaksa jugak buka bila fairing depan senget sebelah,dah tunduk berlaga mudguard depan.

Lepas hampir dekat tiga bulan transform,aku terpaksa bogelkan kembali FZ aku nih. Memang teramat ralat bila terpaksa buka fairing depan R125 nih, tapi bertambah ralat dan sedih bila tengok cara pemasangan yang dibuat pada awalnya.

 
Memang aku guna coverset dari fibre, dan dah sedia maklum akan ketahanan coverset nih, pasti akan ada retak halus dan kecik bila dah dibubuh skru dan sebagainya.

Tapi kalau cara pemasangan awal tak berapa kemas memang retak halus boleh jadi kasar.

Kalau nak ikut memang aku terasa rugi yang teramat,bukan pasal beli coverset, tapi pasal RM yang aku bayaq untuk pasang coverset nih... MEMANG TAK BERBALOI dengan hasil kerja yang dibuat!!


Lepas bukak tuh baru aku nampak apa yang depa buat hari tuh,banyak yang main ikat pakai cable tie saja,kalau tengok dari luar memang nampak cun dan ganas, nampak kejap ja cara pasang yang depa buat,


Kalau tengok profile pomen yang pasang kat FB memang ganas lah semua motor boleh buat. Masa aku nak pi pasang dulu pun bukan main redah, aku PM,aku whatsapps,aku call and aku pi kedai tanya boleh ke tak nak pasang fairing, dengan penuh yakin depa kata boleh dan boleh siap dalam masa sehari.

Tapi akhirnya camni jadinya, dah la masa pasang dulu janji sehari tapi sampai dekat sepuluh hari tak siap-siap. Sampai aku terpaksa melangut kat kedai seharian nak suruh depa siapkan juga....

Tapi takpa lah kalau aku bising-bising pun bukannya fairing aku boleh elok balik pun. Dan mungkin rezeki aku berfairing cuma takat nih saja.


Buat masa sekarang aku dah convert ke bentuk asal tapi masih menggunkan rear set R125 dan sekarang tengah berkira-kira untuk fully convert ke naked ala-ala z250 pulak.

Pengalaman yang menjadi pengajaran untuk aku....POMEN YANG SELALU UPDATE KAT FB HASIL KERJA DIA BELUM TENTU POMEN YANG BAGUS,walaupun berpuluh ribu page likes yang dia terima sekali pun.

p/s:kalau nak tau kat mana aku pasang cuba la terjah entri-entri sebelum nih

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998