3 SIRI PERLAWANAN UNTUK PEMILIHAN PERMAIN

by - Friday, May 16, 2014

Bekas kapten skuad hoki kebangsaan, Mohd. Shahrun Nabil Abdullah dipanggil untuk menyertai tiga siri perlawanan pemilihan bermula hujung minggu ini bagi merebut slot ke Piala Dunia di The Hague, Belanda.

Sebelum ini timbul tanda tanya berhubung peluang Mohd. Shahrun Nabil untuk beraksi dalam kejohanan pada 31 Mei hingga 15 Jun itu selepas namanya digugurkan pada saingan Cabaran Juara-juara 1 (CC1) di Kuantan, Pahang pada awal bulan ini.

Jurulatih skuad kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, sekiranya Mohd. Shahrun Nabil ingin beraksi pada Piala Dunia maka pemain tersebut perlu membuktikan kemampuannya dalam tiga siri perlawanan pemilihan tersebut.

Tambah Muhammad Dharma, hanya pemain terbaik sahaja akan disenarai untuk ke Piala Dunia selain turut memberi jaminan pemilihan akan berlangsung secara adil.

“Semua pemain yang ada akan dipecahkan kepada dua pasukan dan berlawan sesama sendiri dalam tiga siri perlawanan tersebut dengan menggunakan format perlawanan sebenar.

“Malah mana-mana pemain yang tidak beraksi pada CC1 tetapi merasakan diri mereka layak untuk terpilih ke Piala Dunia dialu-alukan untuk hadir menyertai perlawanan pemilihan tersebut.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa dalam tiga siri perlawanan tersebut kita akan jemput pembe­rita sukan dan pihak MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) untuk menyaksikannya bagi kami mendapatkan pandangan mereka berhubung pemain mana yang sewajarnya dipilih ke Piala Dunia.

“Tujuan saya melakukan semua ini adalah untuk bersikap adil dengan semua pemain," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas tamat sesi latihan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam.

Pada Piala Dunia 2014, Malaysia yang menghuni ranking ke-13 dunia akan berhadapan lawan hebat dalam saingan peringkat Kumpulan A apabila diundi bersama pasukan nombor satu dunia, Australia, Sepanyol (10), Belgium (5), England (4) dan India (8).

Malah Malaysia yang meletakkan sasaran 10 terbaik pada kejohanan berprestij itu dijadual memulakan aksi pembukaan menentang lawan paling sukar iaitu Australia pada 31 Mei ini.

Sementara itu, Muhammad Dharma memberitahu senarai akhir nama pemain untuk ke Piala Dunia 2014 akan diumumkan pada 20 Mei.

“Pihak MHC sebelum ini memberitahu senarai nama perlu diberikan pada 17 Mei ini tetapi disebabkan kami akan adakan perlawanan pemilihan ini maka saya terpaksa tangguhkan kepada tarikh yang sesuai iaitu pada minggu depan.

“Pasukan akan bertolak ke Belanda lebih awal untuk persediaan iaitu pada 23 Mei ini dan di sana ada satu perlawanan persahabatan menentang Belanda," katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998