PERTAHANAN MASIH LEMAH
Pertahanan skuad hoki negara perlu diperkemaskan supaya lebih kental menjelang Kejohanan Cabaran Juara-juara 1 di Kuantan, Pahang pada 26 April hingga 4 Mei ini.
Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, kemampuan pemain menguasai skil tidak dapat dinafikan namun benteng terlalu rapuh dan perlu diberi perhatian serius.
“Saya lihat bahagian pertahanan masih lemah dan perlu diperbaiki, skil sahaja tidak mencukupi malah kecergasan fizikal sentiasa perlu berada pada tahap terbaik bagi mencapai prestasi memuaskan,” katanya.
Nur Azmi berkata, skuad negara perlu memikul tugas berat menghadapi tiga misi penting tahun ini, Piala Dunia di The Hague, Belanda dari 31 Mei hingga 4 Jun, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland (23 Julai-3 Ogos) dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, September ini.
0 BeLoQeR
Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998