NAK RIDE KEMANA AGAKNYA...

by - Wednesday, April 09, 2014

Aku teringin jugak nak solo ride tak kira lah kemana tempat pun tapi yang pasti biaq la dalam Malaysia dulu. kekadang tengok update kat fb dalam group atau page ada saja aktiviti ride yang dianjurkan tapi aku memang tak berkesempatan nak join.

Sedangkan TTS pun payah nak cari masa nak join inkan pulak nak berkonvoi.
Nak buat macamana dah nama pun kerja cari rezeki, tambah pulak boss sekarang nih bukan yang macam dulu-dulu.

Walaupun aku nih umpama tak wujud je dalam kompeni, tapi bila bilik opis aku gelap je mesti dapat message whatsapp punya tanya lokasi.

 




Selain dari ulang alik rumah dan opis, ride paling jauh yang aku buat pun cuma setakat Kulim itu pun tak boleh dikira solo ride la pasal member aku pun travel dari Sungai Petani ke opis tiap hari selamba jerk.

So sekarang aku tengah planning dengan HOUSE BOSS untuk cuba ride lebih jauh lagi.

Planning nak mula dengan Penang - Aloq Staq - Padang Besar - Aloq Star - Penang. Lepas tu nak ke selatan pulak Penang - Ipoh -Penang, then next nak try pulak Penang - KL - Penang.

Ini semua planning untuk tahun ini tapi mudah-mudahan tercapai hajat aku nih. Tapi sebelum tuh aku kena completekan projek kat motor nih, yelah  side mirror pun tak terpasang lagi, ada hati nak ride jejauh kan..



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998