#MH370 PERMINTAAN DARI PENGETUA PFS

by - Tuesday, April 01, 2014

Semua pelajar Sekolah Penang Free (PFS) diminta menjaga nama baik juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah yang sebelum ini menerima pelbagai tohmahan serta dipertanggungjawabkan terhadap kehilangan secara misteri pesawat dikendalikannya.

Pengetua PFS Jalil Saad berkata, sebelum ini pelbagai pihak terutamanya media asing menyebarkan berita tidak tepat mengenai peribadi dan latar belakang Kapten Zaharie termasuk cuba mendapatkan maklumat dengan menemubual pelajar PFS.



Beliau sendiri mengaku dikunjungi wartawan Cable News Network (CNN) Khamis lalu, bertujuan mendapatkan maklumat buruk mengenai Kapten Zaharie.

“Ada antara soalan ditanya berbaur provokasi wartawan itu mula menunjukkan reaksi seolah tidak berpuas hati selepas saya menunjukkan bukti pencapaian akademik dan sahsiah positif Kapten Zaharie adalah seorang pelajar pintar dan cemerlang dari sekolah ini.

“Kami di PFS tidak akan melayan permintaan seperti itu dan menangkis tanggapan buruk mengenai Kapten Zaharie disebarkan media barat berkenaan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan khas memperingati Zaharie di PFS, semalam.

Perhimpunan sempena penggal baru persekolahan di PFS pagi semalam bermula dengan agak suram bagi pelajar dan kakitangan beragama Islam mereka diminta menghadiahkan al-Fatihah kepada Kapten Zaharie.

Kira-kira 1,045 hadir pada perhimpunan itu juga kelihatan suram sejurus lagu Celine Dion bertajuk ‘My Heart Will Go On’ dimainkan ia adalah sebagai simbolik kepada semangat ditunjukkan juruterbang berasal dari Sungai Pinang itu.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998