MALAYSIA SERI DENGAN IRELAND

by - Wednesday, April 23, 2014

Skuad hoki negara sekadar seri 1-1 ketika bertemu Ireland pada aksi persahabatan semalam menjelang saingan Cabaran Juara-Juara 1 di Kuantan, Sabtu ini.

Pemain pertahanan Ahmad Kazamirul Nasruddin menjaringkan gol tunggal untuk skuad negara pada perlawanan penting buat ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah bagi menilai barisan pemainnya sebelum menggugurkan tiga daripada 21 pemain sedia ada. 



Meskipun seri, Dhaarma tetap berpuas hati dengan aksi dipamerkan setiap barisan pemainnya. 

“Saya memberi peluang kepada semua pemain, termasuklah pertukaran penjaga gol membabitkan S Kumar dan Muhammad Hafizuddin Othman.


“Saya akan memilih senarai 18 pemain terakhir selepas perlawanan dengan Poland, Rabu ini (esok),” katanya.


Cabaran Juara-Juara 1 bakal berlangsung di Stadium Wisma Belia, Kuantan, Pahang dari 26 April hingga 4 Mei ini dan Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Kanada dan Perancis.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998