KOMTAR BUKAN LAGI KEBANGGAAN ORANG PENANG

by - Monday, April 07, 2014

Kompleks Tun Abdul Razak dengan nama ringkasnya KOMTAR.

Siapa tak kenal KOMTAR? Siapa yang tak tahu KOMTAR?

Salah satu bangunan tertinggi diMalaysia dan yang tertinggi di Penang. 


Salah satu daya tarikan di Penang suatu ketika dulu. Kalau dulu nak shopping,nak tengok wayang nak lepak,nak mengorat,nak dating,nak makan,nak naik bas dan nak apa saja, KOMTAR sentiasa menjadi sebutan. KOMTAR ibarat UTC pada zaman penghujung 80an sehingga awal 2000.

Pejabat Ketua Menteri pun di KOMTAR selain dari beberapa pejabat kerajaan negeri.

Komtar memberikan seribu satu kenangan kepada sesiapa yang pernah merasai zaman kegemilangannya.

Itu cerita dulu, sekarang KOMTAR hanya gah pada nama. 

Bebaru nih aku jejak kaki ke KOMTAR selepas agak lama tak masuk ke dalam bangunan. Sebaik saja aku masuk kedalam bangunan KOMTAR, aku terasa yang aku seperti melancong ke Bangladesh,Myanmar,Filipina dan Indonesia.

Mana taknya selain dari puak-puak nih berkampung disitu, setiap tingkat ada saja restoran yang menjual makanan rasmi depa nih. Dari ground floor sampai ke tingkat 4 ada saja kedai makan depa, kalau food court kat tingakt 5 tuh bukak rasanya penuh dengan depa saja yang berniaga.

Nasib baik masa aku pi perut aku kosong lagi,kalau tak boleh terkeluar senua isi perut dengan bau yang cukup meloyakan. 

Selain dari kedai-kedai makan, aku tengok puak-puak ni ada juga yang berniaga bermacam barangan lain. Beberapa lot kedai dibuat seakan mini market yang jual barangan dari tanahair depa sendiri.

Dengan niat asal nak mencari kasut barang sepasang dua terus aku turun ke parking start kereta keluar dari KOMTAR.

Sambil drive keluar aku terpikir jugak macamana depa boleh dapat lesen berniaga kat KOMTAR? Siapa yang beri kebenaran atau kelulusan? Siapa yang periksa?


 Tak kan ketua menteri yang opis kat atas tuh tak pernah turun melawat?

MPPP yang berpejabat kat situ pun tak kan tak pernah pusing tengok?

Atau ada pihak yang mendapat keuntungan lumayan dari semua nih.

Mungkin +TV3MALAYSIA Official dengan +Mazidul Akmal Sidik patut buat Majalah Tiga Khas Edisi KOMTAR Penang nih. 

KOMTAR la nih lebih menjadi kebanggan pendatang dari penduduk Penang sendiri! 

 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998