KEDAI TUKAR GAGAL, YUP AKU SETUJU

by - Tuesday, April 08, 2014

Aku pernah terlibat secara langsung dengan projek nih, bermula dengan jumpa pemilik kedai bagi penerangan,bagi proposal,bawak kontraktor sampai lah kepada "setup" kedai tuh balik.

Kalau berdasarkan berita yang disiarkan di SINI mengatakan banyak kedai TUKAR yang gagal, aku tak terkejut sama sekali.

Memang persaingan dengan pasaraya berdekatan memberikan impak yang besar kepada pemilik kedai tapi faktor utama yang menyebabkan projek TUKAR ini gagal atau pemilik kedai tidak berjaya ada berpunca dari kementerian dan pihak konsultan selain dari sikap pemilik kedai itu sendiri.

Berdasarkan pengalaman aku, kementerian cuma mencukupkan kuota yang diberi, pihak konsultan (yang terdiri dari pasaraya besar) cuma menyiapkan projek yang diberi manakala pemilik kedai cuma menandatangani perjanjian untuk bersetuju dengan TUKAR dan pembayaran pinjaman minimum untuk tempoh maksimum.

Pemilik kedai tidak diberi tunjuk ajar atau latihan seiring dengan transformasi kedai. so bila kedai dah TUKAR tapi mentaliti pemilik masih ditahap lama maka,selepas sebulan kedai di TUKAR ianya akan kembali kepada keadaan asal.

Tapi kalau nak letakkan 100% kesalahan pada kementerian dan konsultan tidak boleh jugak kalau mentaliti peniaga itu sendiri yang tidak mahu berubah serta belajar memahami teknik perniagan yang sistematik.


Contohnya, setiap projek kedai TUKAR,pemilik diwajibkan menggunakan POS yang mana ianya memudahkan pengiraan untung -rugi, memudahkan inventori pegangan stok serta untuk melancarkan proses pesanan barang. Kalau peniaga tersebut berjaya memahirkan diri dengan teknologi yang disediakan sudah pastinya  mereka akan berjaya.

Ini semua berdasarkan pengalaman aku yang terlibat secara langung dalm proses TUKAR ini disekitar Penang.


Salah satu kedai yang sempat aku siapkan tetapi pemilik telah pun menutup kedai tak sampai 6 bulan selepas transformasi tanpa sempat menandatangani perjanjian dengan konsultan dan pihak bank.



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998