ISMAIL ABU MASIH BERBISA

by - Monday, April 14, 2014

Penyerang hoki senior negara, Ismail Abu masih mempunyai sentuhan berbisa di hadapan gol meskipun sebelum ini terpaksa berehat lebih 12 bulan daripada kejohanan antarabangsa akibat kecederaan tulang rawan. 

Semalam, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, dia membantu negara meraih jaringan kemenangan ketika bertemu China dalam siri pertama daripada enam perlawanan persahabatan untuk menjadikan keputusan berkesudahan 2-1. 



Bagi pemain berusia 30 tahun itu, jaringannya itu diharap mampu membuka mata ketua jurulatih negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah untuk disenaraikan dalam 18 pemain yang bakal mewakili Malaysia dalam saingan Cabaran Juara-Juara 1 di Kuantan Pahang, hujung bulan ini. 

"Kecederaan itu sudah pulih sepenuhnya dan ia tak mengganggu permainan saya. Ini adalah masa buat jurulatih memilih pemain dan bagi saya peluang untuk itu ada tetapi ia bergantung kepada jurulatih kerana dia yang melihat prestasi. 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998