EDISI HUJUNG MINGGU KE MUSEUM CHOCOLATE

by - Monday, April 14, 2014

Sebelum nih aku pernah up entry pasal muzium-muzium yang ada kat Penang, ada dalam berbelas muzium rasanya.

Tapi kalau diikutkan banyak lagi muzium yang wujud di Penang nih dan yang terbaru aku tahu (maybe orang lain dah tau) ialah Chocolate and Coffee Museum.

Muzium yang terletak di 22 Leight Street yang dibina ditapak sebuah mansion lama. Kalau tak tahu dimana letaknya Leight Street tuh, cuba cari bangunan Hotel Malaysia. Muzium nih terletak dijalan belakang Hotel nih.

Bermacam jenis coklat dipamerkan kat sini,pengunjung juga diberi peluang untuk merasa coklat-cokalt yang dipamerkan dan juga yang dijual kat sini.

Selain coklat,kopi juga dijadikan tarikan kepada pengunjung. Kita boleh merasa pelbagai jenis kopi yang disediakan sebelum membuat pilihan untuk membeli.

Di Pintu masuk disediakan guide yang akan meneman kita tour ke dalam bangunan dan jangan terkejut kalau dikatakan MASUK PERCUMA!.

Muzium yang dibuka setiap hari dari pukul 9.00pagi sehingga 6 petang ini juga menyediakan cafe dibahagian hadapan untuk kita menikmati ice-cream atau kopi selepas puas pusing dalam muzium.

Jom tengok apa yang ada dalam muzium nih.


Papan tanda yang menyambut kita,parking percuma disediakan dihadapan bangunan

 Menu dan harga
 Cafe
Semua ini terletak dibahagian hadapan pintu masuk ke Muzium


Kita akan diiringi oleh guide dari pintu masuk sehingga ke dalam muzium sambil diberikan serba sedikit penerangan mengenai coklat dan kopi.


Ini antara ruang utama muzium yang turut mempamerkan rangkaian coklat.

 Kalau coklat, dah pasti la kanak-kanak suka,so ada jugak satu ruang untuk kanak-kanak kat sini.
Bila dah nama pun Chocolate and Coffe Museum, dah tentu ada ruang untuk kopi kan, 
Bersebelahan dengan ruang coklat kanak-kanak ni terletak ruang untuk pameran kopi. 

Bermacam jenis ada termasuk lah kopi luwak, tapi sayangnya peberet aku nescafe tak dak kat sini!!



 So apa kata bila turun ke Penang, jengah-jengah lah kat sini sama.





You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998