#CC1 KOREA DAN NEW ZEALNAD TEPATI RAMALAN

by - Wednesday, April 30, 2014

 Dua pasukan terbaik Cabaran Juara-Juara 1 menepati ramalan apabila masing-masing mendominasi saingan peringkat kumpulan yang berakhir semalam.

Pasukan berkedudukan ranking keenam dunia, New Zealand membuktikan mereka pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan ini apabila mengutip sembilan mata maksimum.


Black Sticks tampil bergaya menewaskan Ireland (2-1), Jepun (6-1) dan membelasah Poland (8-3) semalam.



Saingan Kumpulan B pula menjadi milik Korea Selatan yang juga pasukan ketujuh terbaik dunia apabila mengumpul tujuh mata.


Walaupun terikat 3-3 menentang Kanada pada aksi pembukaan Sabtu lalu, ia tidak menghalang Korea Selatan yang bangkit menang baki dua perlawanan untuk menewaskan Malaysia 3-1 dan Perancis 3-2.


Kejayaan dua pasukan pilihan itu mengungguli kumpulan membolehkan mereka mengelakkan daripada bertemu sehingga pentas final.

New Zealand dan Korea Selatan berada dalam persiapan terakhir untuk menghadapi Piala Dunia di Belanda bulan depan dengan skuad negara turut layak.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998