#CC1 KITA TERCOROT DALAM KUMPULAN
Malaysia memilih laluan sukar di peringkat suku akhir apabila tewas kali kedua dalam aksi peringkat Kumpulan B dalam kejohanan Cabaran Juara-Juara 1, malam tadi.
Selepas ditewaskan Perancis 2-3, kini giliran Korea Selatan mengaibkan anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dengan kekalahan 1-3 di Stadium Wisma Belia, Kuantan.
Kekalahan ini menyebabkan Malaysia menghuni tempat tercorot Kumpulan B dengan baki satu perlawanan menentang Kanada malam esok.
Jika tewas, kemungkinan besar Malaysia akan bertemu pasukan pilihan, New Zealand yang kini mendahului Kumpulan A di suku akhir pada Rabu nanti.
Namun Dhaarma masih tetap bersikap positif walaupun kecewa dengan kekalahan kedua itu.
0 BeLoQeR
Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998