#CC1 KEM MALAYSIA BERGOLAK?

by - Tuesday, April 29, 2014

“Tiada masalah antara kami, pemain sudah mengadakan pertemuan pagi tadi (semalam) bagi meluahkan perasaan.”

Itu penjelasan penjaga gol berpengalaman negara, S Kumar berhubung dakwaan ada masalah tertentu membelenggu skuad negara yang masih belum meraih sebarang kemenangan selepas dua perlawanan.


Katanya, semua pemain dengan jujur menjelaskan tiada apa yang tidak kena atau menjadi masalah.




“Kami sudah meluahkan perasaan, tiada sebarang masalah (dakwaan tidak mempunyai semangat berpasukan atau kurang bekerjasama). Selepas mengadakan pertemuan, kami berjabat tangan dan berpelukan,” katanya yang bakal sekali lagi menjadi benteng terakhir negara menentang Kanada, malam ini.


Menurutnya, mereka melakukan aktiviti bersama petang semalam dalam usaha meningkatkan lagi semangat berpasukan.


“Suasana dalam pasukan mungkin kurang kerana kami belum mendapat gandingan yang bagus namun semua pemain sudah memberikan aksi terbaik. “Mungkin ia mengambil masa kerana jurulatih juga banyak melakukan percaturan.

“Perkara paling penting adalah apa yang diberikan pemain dalam padang, tidak boleh salahkan jurulatih,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998