#CC1 KANADA BERHEMAH

by - Monday, April 28, 2014

Kanada menjangkakan perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B menentang Malaysia malam esok akan menjadi sukar buat mereka.

Beraksi di laman sendiri dan mendapat sokongan penonton tempatan dilihat bakal memberikan 'tenaga tambahan' kepada anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dalam memburu tempat terbaik peringkat kumpulan.


“Saya fikir ia akan menjadi perlawanan yang sukar namun kami tidak sabar untuk bertemu Malaysia,” kata jurulatih Anthony Farry.

Anak buahnya mencipta kemenangan pertama apabila menewaskan Perancis 3-2 semalam selepas terikat 3-3 menentang Korea Selatan.


Farry melakukan tiga perubahan pemain berbanding skuad yang beraksi di Piala Sultan Azlan Shah dengan Malaysia menewaskan Kanada 3-1 di Ipoh, Mac lalu.


Sementara itu kapten Kanada, Scott Tupper menjelaskan mereka sudah bersedia untuk aksi malam esok walaupun pada awalnya berdepan dengan kesukaran menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca.

“Kami menjalani latihan dalam cuaca sejuk sebelum ini, pada awalnya agak sukar namun segala-galanya sudah diatasi dengan baik,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998