#CC1 BLACK STICKS TAK KIRA SIAPA

by - Tuesday, April 29, 2014

Tanpa mengira lawan yang bakal ditentang di suku akhir, jurulatih New Zealand Colin Batch mahu anak buahnya mempamerkan aksi terbaik pada peringkat kalah mati itu.

“Masih belum pasti sama ada Perancis atau Malaysia, namun kami bersedia memberikan aksi terbaik,” katanya.


Pasukan di ranking keenam dunia itu menjadi pilihan muncul juara Cabaran Juara-Juara 1 apabila kini hampir pasti mengungguli Kumpulan A dan bertemu pasukan tercorot Kumpulan B yang kini dihuni Malaysia bagi aksi suku akhir.



New Zealand kini mendahului Kumpulan A dengan enam mata dan hanya memerlukan seri dengan Poland untuk menjadi juara kumpulan.


Black Sticks membuka saingan Cabaran Juara-Juara 1 dengan menewaskan Ireland 2-1 disusuli kemenangan besar 6-1 ke atas Jepun.


“Kami sedar keputusan awal tidak memberikan sebarang makna kerana aksi suku akhir yang penting. Kami memahami situasi ini dan perlu pamerkan satu lagi aksi mantap untuk melangkah lebih jauh.

“Fokus kami untuk layak ke Trofi Juara-Juara 2016 selain beraksi cemerlang di Piala Dunia bulan depan. Ketika ini kami berada di landasan tepat dan tidak memandang mudah kemampuan Poland,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998