#CC1 BLACK STICKS MENGANAS

by - Monday, April 28, 2014

Pasukan pilihan, New Zealand melaungkan amaran awal untuk mengungguli Cabaran Juara-Juara 1 apabila membelasah Jepun 6-1 dalam aksi kedua peringkat kumpulan semalam.

Black Sticks terlebih dulu menewaskan Ireland 2-1 kelmarin dan menjadikan Jepun mangsa kedua untuk selesa mendahului Kumpulan A dengan enam mata.



“Beraksi dalam cuaca panas sekali lagi menguji kami namun pemain menanganinya dengan baik,” kata jurulatihnya Colin Batch selepas anak buahnya tampil beraksi pada perlawanan pertama di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan pada tiga petang semalam.

Batch memuji persembahan lebih bertenaga dipamerkan anak buahnya terutamanya dalam memanfaatkan peluang menjaringkan gol.


“Saya berpendapat kami bermain dengan sangat baik dengan memanfaatkan setiap peluang menjaringkan gol dengan baik. “Kemenangan ini memberikan kami kedudukan yang bagus menjelang rehat sehari esok ( hari ini),” katanya.


New Zealand yang turut membuat persiapan akhir sebelum ke Piala Dunia pada bulan depan, mendahului 4-0 separuh masa pertama sebelum menambah dua gol dengan jaringan tunggal Jepun hadir menerusi Ippei Fujimoto.

Seperti pasukan lain, New Zealand yang berada di ranking keenam dunia itu diberikan rehat sehari sebelum menentukan kedudukan akhir peringkat kumpulan apabila turun menentang Poland esok.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998