BUKAN MUSTAHIL UNTUK CAPAI SASARAN

by - Thursday, April 03, 2014

KETUA jurulatih skuad hoki senior negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui misi untuk menduduki tempat ketiga bukan sesuatu yang mustahil pada kempen Cabaran Juara-Juara 1 di Kuantan, Pahang pada 26 April ini.

Sebelum ini, Dhaarma Raj menuntut para pemain yang bakal dipilih dalam kalangan 18 pemain agar menampilkan prestasi terbaik bagi memperbaiki pencapaian terbaik, tempat keempat pada kempen musim lalu.

Dhaarma Raj optimis skuad negara mampu memperbaiki pencapaian musim lalu itu berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan anak-anak buahnya pada sesi latihan yang dikendalikannya.


Bagaimanapun, Dhaarma Raj masih enggan mendedahkan sasaran peribadinya kerana menganggap masanya belum tiba.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, peluang mendapat tempat keempat cerah kerana selain Korea Selatan, New Zealand dan Ireland, Malaysia juga adalah pasukan pilihan kali ini.

“Kami pernah tewaskan tiga pasukan ini di laman sendiri pada pertemuan terdahulu. Jadi, saya rasa tiada masalah kita mampu mengulanginya sekali lagi.

“Bagi saya, mendapat tempat ketiga itu bukan perkara mustahil kerana apa sahaja boleh berlaku termasuk menjadi juara Cabaran Juara-Juara 1 kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Dalam pada itu, Dhaarma Raj sudah pasti menagih keringat Kevin Lim bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pakar flick, Muhammad Razie Abd Rahim yang masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan bahu kiri.

“Kevin akan tiba di sini dari Jerman dan akan terus menyertai latihan pada Isnin depan.

“Saya jangka Kevin mampu memikul tugas Razie di bahagian pertahanan dengan baik tetapi bagi saya, dia tidak sama dengan Razie dari segi pukulan sudut penalti.

“Kalau jersi No. 3 itu (jersi keramat milik mendiang Chua Boon Huat) dapat menyuntik semangatnya untuk beraksi cemerlang, saya rasa tiada masalah untuk dia menyarungnya,” jelasnya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998