AKHIRNYA KELVIN DITURUNKAN

by - Friday, April 18, 2014

Pemain hoki kelahiran Malaysia berpangkalan di Jerman, Kevin Lim yakin terpilih dalam senarai 18 pemain terakhir yang bakal menggalas tugas pada Cabaran Juara-Juara 1 di Kuantan, Pahang bermula 26 April ini.

Keyakinan itu disuarakan meskipun ketua jurulatih skuad negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah sudah memberi amaran hanya akan memilih pemain berkualiti pada saingan itu.


Kevin tidak dapat membuktikan keupayaannya dalam tiga perlawanan persahabatan dengan China sebelum ini akibat kecederaan hamstring, tetapi semalam pemain berusia 27 tahun itu turun buat kali pertama pada siri perlawanan keempat bertemu negara Tembok Besar itu.




“Anda sendiri tahu saya masih menetap di Jerman dan jarang berulang alik ke Malaysia.


“Sebab utama saya hadir di sini adalah untuk membuktikan kemampuan dalam skuad negara dan mahu beraksi di Cabaran Juara-Juara 1,” katanya.


Jelas pemain pertahanan itu, meskipun mengakui banyak perbezaan antara corak permainan hoki di Eropah dan Asia, dia bersedia mempelajarinya secara berperingkat bermula di Kuantan.

“Saya pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Jerman dan seperti yang anda sendiri tahu, mereka adalah salah sebuah pasukan memiliki benteng pertahanan kukuh.


“Untuk itu, saya akan cuba menerapkan segala pengalaman saya ketika bersama Jerman apabila beraksi bersama skuad negara,” katanya.

Dhaarma kelmarin kecewa kerana masih belum dapat menguji Kevin berikutan kecederaan yang dialaminya itu dan tidak menolak untuk menggugurkan pemain itu andai gagal membuktikan kemampuannya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998