AGAKNYA SAMPAI BILA?

by - Saturday, April 26, 2014

Hoki Malaysia kini dah berjaya diperingkat antarabangsa malah layak ke Piala Dunia yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Tetapi jika dilihat dari sudut pembangunan,hoki masih lagi jauh berbanding dengan bolasepak. 

Memang ada pertandingan yang dianjurkan untuk peringkat umur tetapi kemudahan untuk permainan hoki masih lagi dibelakang.


PFS satu nama besar dalam sukan hoki terutamanya di negeri Pulau Pinang.Sekolah yang berjaya melahirkan ramai pemain berbakat baik untuk pasukan sekolah,pasukan negeri mahupun pasukan negara.

Sekolah tertua di Malaysia yang bakal menyambut perayaan ke 200 tahun dan sekolah yang pernah bergelar "kingpin of hockey",PFS tidak mempunyai astroturf yang boleh diguna pakai. 

Pemain masih lagi berlatih dipadang sekolah dengan sesekali dapat menggunakan kemudahan astroturf di USM.

Malah diperingkat negeri juga, pihak persatuan masih lagi gagal menyediakan satu stadium astroturf.

Selama ini ramai yang masih lagi berbangga dengan kemudahan astroturf yang ada di USM,tapi sampai bila kita harus menagih ihsan untuk mengunakannya.

Dimana inisaitif persatuan negeri untuk membangunkan sukan hoki ini? Boleh dikatakan agak lama tiada liga hoki tempatan atau liga hoki negeri diadakan di negeri ini.

Mungkin pihak PSHA masih lagi berbangga dengan penganjuran Pesta Hoki USM? Cukup sekadar logo diletakkan pada banner kejohanan.

Atau pihak PSHA masih lagi dibuai mimpi indah penganjuran kejohanan antarabangsa yang pernah diadakan pada penghujung 90 an dahulu.

Stadium di Bertam yang sedia ada,juga tidak diselangarakan dengan baik, itupun masih lagi bukan hak milik PSHA.

Mungkin sudah tiba masanya bantuan dari +Khairy Jamaluddin  dan +Kementerian Pendidikan Malaysia diperlukan untuk mendapatkan kemudahan demi pembangunan berterusan dan kesinambungan hoki untuk masa depan sama ada untuk sekolah mahupun peringkat negeri.








You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998