TOL AKAN DIKENAKAN MULAI ESOK

by - Monday, March 31, 2014

Ramai yang telah melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang atau JSAH,selain mencuba merasa perjalanan atas Jambatan untuk melihat keindahan di sekitarnya ramai juga pastinya cuba mencari dimana letaknya tempat rehat seperti dalam illustrasi diatas.

Dan pastinya ramai akan merasa hampa kerana disepanjang perjalanan pergi dan balik tiada tempat seperti yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini.

Dan secara sedar ataupun tidak JSAH ini telah beroperasi hampir sebulan kepada orang ramai selepas ianya dirasmikan oleh PM kita tempoh hari

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan bahawa kadar tol bagi kereta kecuali teksi dan bas (kelas 1) adalah sebanyak RM8.50; motosikal (kelas 0), RM1.70; kenderaan enam tayar kecuali bas (kelas 2), RM30.50; kenderaan kelas 3, RM70.10; teksi (kelas 4), RM8.50 dan bas (kelas 5), RM26.20. 

Mulai tengah malam ini juga kutipan tol akan mula dibuat keatas semua jenis kenderaan.




 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998