TIDAK MUSTAHIL KALAHKAN AUSTRALIA

by - Friday, March 21, 2014

Tidak mustahil untuk menewaskan Australia apabila skuad negara bertemu dengan pasukan ranking pertama dunia itu pada perlawanan terakhir saingan awal Piala Sultan Azlan Shah, esok.

Keyakinan itu dilaungkan kapten pasukan skuad negara Azlan Misron apabila dia serta rakan sepasukan bakal berdepan dengan tugas paling getir, bertemu Australia yang mungkin menentukan sama ada mereka berjaya melangkah ke pentas final atau sebaliknya.


Ketika ramai meramalkan keputusan pasti akan berpihak kepada pasukan bimbingan Ric Charlesworth itu berdasarkan status hebat mereka serta membariskan hampir 95 peratus pemain yang akan beraksi di Piala Dunia pada Mei nanti, Azlan percaya masih ada ruang untuk skuad negara mencipta kejutan.



“Seperti ketika empat perlawanan sebelum ini, kami akan fokus pada setiap perlawanan. Kami akan cuba menang ke atas Australia, kenapa tidak? Kerana ia bukan mustahil.


“Apapun kami akan mengikuti segala taktikal yang diterapkan jurulatih pada perlawanan itu nanti,” katanya.


Bagaimanapun Azlan mengaku, berbanding lima pasukan lain yang beraksi pada saingan kali ini, Australia sememangnya berada satu tahap lebih baik.

“Tapi jika kami kekal berdisiplin sepanjang 70 minit permainan dan bermain secara satu pasukan, tidak mustahil kami mencatat kemenangan,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998