TEST DRIVE JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM

by - Wednesday, March 05, 2014

Semalam aku test drive menyeberang Jambatan Sultan Abdul Halim (JSAH) atau ramai yang panggil jambatan kedua. 


Memandangkan tiada tol dikenakan untuk penggunaan jambatan sahaja selama sebulan, so apa lagi ambil lah peluang yang sedia ada.

Aku guna bridge lama (PB) untuk ke Penang dari Seberang Jaya untuk test drive JSAH ni, naik ikut susur FTZ menghala ke Batu Kawan.

Kereta pun tak banyak tapi semua bergerak slow sepanjang JSAH baik arah keluaq mahupun arah masuk ke pulau.


Berdasarkan pengamatan aku, tiada hentian kecemasan seperti di PB. Dengan 4 lorong kesemuanya, 2 lorong kenderaan kereta / bas / lori dengan satu lorong kecemasan,manakala lorong motor pula diasingkan dengan pembahagi jalan.

Untuk kecemasan,telephone disediakan ditengah antara lorong motor dan lorong kecemasan utama. So kena berhati-hatilah kalau ada kecemasan,pasal pemandu kat Malaysia bukan boleh sesak sikit, dah kompem akan potong ikut suka tak kira kiri mahupun kanan.


So kalau ada yang berniat nak cuba sambil ambil gambar sepanjang perjalanan pasti akan kecewa,sebab pembahagi jalan yang agak tinggi selain dihadang pula oleh benteng yang agak tinggi jugak.

Tak seperti PB yang ada hentian kecemasan yang boleh berhenti ikut suka ambil gambar tau.

Buat masa sekarang anggota Rela diletakkan di kawasan tiang puncak untuk bagi peluang kepada orang ramai berhenti untuk bergambar. Cuma dikawasan ni saja tau buat masa sekarang.

So kalau nak cuba try test menyusuri JSAH dan berpatah balik ke pulau pastikan kita ikut susur keluar BKIP/Batu Maung/FTZ dibahagian tanah besar, kalau silap susur keluar dapat plaza tol berbayar lah jawapnya...

So dengan kereta dah cuba,maybe dalam minggu nih nak try ride naik motor pulak lah..


Agak-agak yang bila akan siap?

p/s: resolution gambar tak cun selain pasal tengah drive,reflection cahaya juga penyumbang kepada gambaq aku yang sumbang

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998