Header Ads

SEKENHEND...ADA KE?

Print screen dari Utusan Online, satu akta baru yang akan diwartakan oleh pihak kerajaan.

Rasanya ini bukan masalah kalau hendak diwartakan, cuma aku tercari-cari jugak istilah SEKENDHEND dalam kamus DBP dan cuba jugak rujuk pada Pusat Rujukan Persuratan Melayu di sini.

Ini jawapan hasil carian aku tadi.

Tapi memandangkan telah tertera Akta Peniaga Sekenhend 1946, bermakna ianya memang telah wujud bertahun lamanya. Cuba google, pasti akan jumpa akta ini.

Mungkin masa akta ini digubal barang terpakai memang dikenali dengan "sekenhend" tetapi selaras dengan peredaran zaman dan masa, pihak DBP patut juga campur tangan dalam isu sebegini.

Kalau dalam kamus DBP pun tak wujud perkataan ini, kenapa kita masih perlu untuk gunakan lagi kan?

No comments

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Powered by Blogger.