SAYA PILIH KUALITI - DHARMA

by - Thursday, March 13, 2014

“Setiap pemain yang saya pilih berkualiti.”

Demikian kenyataan ketua jurulatih skuad hoki negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang beranggapan setiap pemain yang dipilihnya untuk menyertai kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak bermula hari ini, mempunyai kelebihan masing-masing. 

 
Dhaarma mengambil keputusan berani apabila menyenaraikan rata-rata barisan pemain muda pada kejohanan jemputan yang memasuki edisi ke-23 itu sambil merehatkan beberapa pemain utama termasuk bekas kapten pasukan Shahrun Nabil Abdullah. 

Keputusan Dhaarma itu dilihat cukup berisiko ketika Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) meletakkan sasaran untuk mara ke pentas final sekali gus mengulangi pencapaian tahun lalu.


Namun pengendali berusia 45 tahun itu mempunyai alasan tersendiri dan tidak mahu ambil pusing dengan keputusan yang dikatakan drastik itu.


“Kalau pemain yang tiada kualiti memang saya tinggalkan. 

“Tapi kalau anda lihat semula barisan pemain yang saya pilih, mereka sudah mempunyai pengalaman luas. 

“Ada yang pernah beraksi pada Piala Remaja Asia ketika kita menjadi juara dan beraksi di Piala Dunia tahun lalu. 

“Tapi kalau mereka sendiri tidak dapat beraksi dengan baik, apa saya boleh buat," katanya ketika ditemui pada sidang media semalam.METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998