SAYA BERSEDIA

by - Wednesday, March 19, 2014

Ahmad Kazamirul Nasruddin sedia menggalas tanggungjawab di bahagian serangan sekali lagi apabila bertemu China hari ini sekiranya itu yang diarahkan ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

Kazamirul yang kembali semula ke dalam skuad negara selepas agak lama namanya tercicir berkata, dia akan cuba menggalas tugas itu sebaik-baiknya meskipun pertama kali diletakkan di bahagian serangan ketika bertemu Kanada, kelmarin.


Lebih menarik, dia berjaya menyumbang satu gol pada perlawanan itu walaupun hanya diarahkan beraksi di bahagian serangan pada saat akhir.



“Sebelum ini saya memang beraksi di bahagian pertahanan tapi untuk pertemuan dengan Kanada, jurulatih arahkan saya beraksi sebagai penyerang.


“Sebenarnya inilah kali pertama saya bermain di bahagian serangan dan saya hanya ada masa kira-kira tiga hari untuk menyesuaikan diri di posisi ini.


“Alhamdulillah, saya dapat menggalas tugas ini dengan baik dan sedia untuk diturunkan sekali lagi sekiranya diberi peluang,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998