PILIHAN DITANGAN MALAYSIA

by - Friday, March 21, 2014

Australia mengesahkan slot ke perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah pada Ahad ini apabila mengalahkan Korea Selatan 5-1 dalam perlawanan di Stadium Azlan Shah di sini semalam.

Kemenangan itu membolehkan Australia mengumpul 12 mata maksimum selepas empat perlawanan, manakala Korea Selatan di tangga ketiga dengan tujuh mata.

Malaysia yang tidak beraksi hari ini menduduki tangga kedua dengan 10 mata.

Kemenangan Australia semalam memberi kelebihan buat skuad negara untuk meraih slot ke perlawanan akhir apabila memerlukan sekurang-kurangnya seri apabila turun menentang Australia dalam perlawanan terakhir kumpulan petang esok.


Sekali pun skuad negara kalah kepada Australia esok, peluang ke perlawanan akhir tetap ada kerana skuad Muhammad Dharma Raj Abdullah memiliki kelebihan jaringan berbanding Korea Selatan yang akan menentang pasukan tercorot, Afrika Selatan.

Dalam perlawanan semalam, Australia mendahului menerusi gol padang Trent Mitton pada minit ke-10, namun Korea Selatan bangkit mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-32 menerusi Jang Jong Hyun hasil pukulan sudut penalti.

Juara bertahan, Australia menutup babak pertama dengan mendahului 2-1 hasil jaringan gol padang Nicholas Budgeon pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, Australia menambah tiga lagi gol masing-masing menerusi jaringan padang Jeremy Hayward (m-59) dan dua gol Matt Gohdes (m-63 dan m-70).

Sementara itu, dalam perlawanan awal Kanada mencatat kemenangan pertama mereka pada kejohanan ini apabila mengalahkan China 4-3.

Kanada mendahulu 3-1 pada babak pertama menerusi dua jaringan Matthew Guest (minit pertama dan m-14) serta Gordon Johnston (m-33) manakala China meraih gol hasil jaringan Guo Xiaping (minit ketiga).

China bangkit menyamakan kedudukan 3-3 pada babak kedua menerusi Huang Yue (m-46) dan Du Talake (m-59) sebelum Iain Smythe muncul wira pasukannya dengan jaringan kemenangan pada minit ke-64.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998