#OFA JUARA EC 100 YEARS CENTENARY TOURNAMENT

by - Monday, March 03, 2014

Tahniah kepada pasukan hoki OFA kerana muncul juara pada kejohanan jemputan EC 100 yr yang berlangsung pada hujung minggu lepas.


Walaupun dinobatkan sebagai johan bersama dengan satu lagi pasukan bertaraf kelab yang menyertai pertandingan pada saat akhir, piala juara diserahkan kepada pasukan OFA kerana diwakili pasukan "old boys" seperti yang dianjurkan oleh penganjur.

Perlawanan akhir yang berlangung sengit terpaksa diberhentikan oleh pengadil di minit ke 15 kerana hujan lebat serta kilat.

Hampir 45 minit berehat dan hujan masih lebat,pengadil dan pengajur mengambil keputusan untuk menamatkan perlawanan tersebut.

Hasil perbincangan kedua-dua pasukan,kata putus dibuat untuk mengistiharkan kemenangan milik kedua-dua pasukan.


Keputusan penuh ialah seperti dibawah:
1. OFA
2. AFATS
3. EC
4.MCOBA

Pusingan Liga
EC vs OFA - pemenang OFA
AFATS vs MCOBA - pemenang AFATS
OFA vs MCOBA - pemenang OFA
EC vs MCOBA - pemenang EC, pasukan Mcoba walkover
OFA vs AFATS - dimenangi ooleh AFATS (bermain atas permintaan penganjur selama 30 minit) 

Tahniah diucapkan kepada semua pemain OFA dan terima kasih kepada Yassir dan Kai Seng kerana sudi menyumbang kepada pasukan untuk perbelanjaan dikejohanan tersebut.


Mungkin di masa-masa akan datang, pihak OFA dapat memberikan bantuan yang sepatutnya untuk pasukan ini mencipta lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama OLD FREES ASSOCIATION.


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998