NOKIA X CUMA RM399

by - Thursday, March 06, 2014

Nokia Malaysia menyasarkan untuk menyumbang secara signifikan ke tahap penggunaan telefon mudah alih mampu milik negara ini yang diunjurkan pada 20 peratus menjelang akhir tahun ini.

Ia bakal direalisasikan dengan pengenalan siri terbaru telefon pintar, Nokia X ke pasaran Malaysia mulai minggu depan yang boleh didapati pada harga RM399.

Ketua Pemasaran Asia Nokia Gary Chan berkata, ia didahului Lembah Klang dan diikuti pasaran seluruh negara pada minggu berikutnya.

Katanya, dengan menggunakan sistem Android terbuka, pengguna mampu mengakses pelbagai aplikasi Nokia dan pengalaman mereka di luar talian.


“Selain itu, pelbagai aplikasi termasuk ‘HERE Maps’ percuma secara luar talian boleh didapati menerusi sistem ini di samping lebih 13 juta capaian lagu menerusi Nokia MixRadio serta muat turun lain.


“Kandungan menarik lain turut diselitkan iaitu Skype, Facebook, Viber, Line, Twitter, Foodpanda dan PhotoFunia selain permainan contohnya Plants vs Zombie 2,” katanya pada majlis pelancaran model berkenaan di sini, semalam.

Telefon pintar mampu milik itu didatangkan dalam empat warna iaitu hijau cerah, merah, putih klasik dan hitam.


Teknologi pintar berkenaan dibekalkan dengan kamera 3 megapiksel, memori dalaman (eMMC) 4GB, RAM 512MB, dwiSim dan pelindung belakang telefon boleh tukar yang berada di pasaran tidak lama lagi. - METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998